SUNGAI BESI, 27 September - Sekitar hari pertama proses pengisian minyak menerusi inisiatif program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang berlangsung di BHPetrol Kem Perdana Sungai Besi.
Pelaksanaan BUDI95 itu dijalankan secara berperingkat dengan dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis hari ini.
Tinjauan di Kem Perdana Sungai Besi mendapati lebih 30 anggota tentera tidak ketinggalan untuk menikmati subsidi yang telah diumumkan serta menyifatkan proses pada hari ini berjalan lancar dan mesra pengguna.
BHPetrol sebagai sebuah syarikat minyak di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menyatakan komitmen dalam inisiatif kerajaan dalam penyasaran subsidi RON95 bagi mengurangkan harga petrol kepada rakyat.
Hari ini, sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis, kemudian pada esok penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan golongan B40 pula akan menikmati manfaat tersebut.
Ia akan diikuti warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif, bermula 30 September ini.