30 peratus sasaran komponen tempatan dalam aset pertahanan

Kementerian Pertahanan mahu kontrak pertahanan menghasilkan nilai tambah lebih besar

BUKIT BERUNTUNG, 7 Oktober – Kementerian Pertahanan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus komponen tempatan bagi setiap aset pertahanan yang diperoleh, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal asing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Galakkan pembangunan casis kenderaan tentera tempatan sebagai komponen strategik bagi memperkukuh kemampuan pembuatan pertahanan domestik.
  • HPWW menghasilkan pelbagai varian kenderaan untuk Tentera Darat dengan penghantaran berperingkat hingga 2028.
  • Kontrak pertahanan mesti hasilkan nilai tambah, membangunkan vendor tempatan bagi komponen dan kukuhkan rantaian bekalan pertahanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sasaran itu turut merangkumi penghasilan komponen strategik seperti casis kenderaan tentera darat, yang membentuk kira-kira 30 peratus keseluruhan komponen kenderaan.

“Kementerian menyambut baik usaha syarikat untuk membangunkan casis tempatan,”katanya selepas lawatan kerja ke Kompleks Kejuruteraan High Point Worldwide Sdn Bhd (HPWW).

HPWW kini menghasilkan 526 kenderaan dalam 18 varian untuk Tentera Darat, dengan penghantaran berperingkat bermula akhir bulan ini hingga 2028, antaranya termasuk RENTAS, TEDUNG, KALA, kenderaan 3, 7 dan 10 tan serta kenderaan sokongan taktikal.

Beliau turut memaklumkan kementerian juga mahu kontrak pertahanan menghasilkan nilai tambah lebih besar, termasuk pembangunan vendor tempatan bagi komponen seperti tayar, lampu dan peralatan lain, sekali gus mewujudkan rantaian bekalan pertahanan yang lebih kukuh.

Langkah berkenaan selaras aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memastikan perolehan aset ATM bukan sekadar memenuhi keperluan operasi, tetapi membina keupayaan teknologi, kepakaran dan industri pertahanan tempatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.