fb fb fb fb fb

297 projek jalan raya dan bangunan guna BIM dan IBS terlaksana

TUMPAT, 26 Jun - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan 297 projek pembangunan jalan raya dan bangunan dengan kaedah Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) di seluruh negara setakat ini.
 
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain menjimatkan kos, kaedah tersebut mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan.
 
Katanya, ia berikutan dengan kaedah tersebut ia mampu menyeragamkan reka bentuk dan mempercepatkan tempoh pembinaan.
 
"Jadi penggunaan BIM ini ada dapat membantu dan mengesan lebih awal isu-isu percanggahan sekiranya ada diantara reka bentuk dan pembinaan yang mungkin berlaku dengan bantuan model tiga dimensi, tiga dimensional reka bentuk jalan atau jambatan tersebut dia boleh mengelakkan risiko kelewatan perlaksanaan projek," kata Nanta, di sini.

(Nanta bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas
merasmikan jejambat dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini)

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan menggunakan BIM dan IBS secara maksimum dalam sektor pembinaan merupakan satu strategi berimpak tinggi yang mampu mengurangkan kebergantungan sektor pembinaan kepada pekerja asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi.
 
Pihaknya yakin, kejayaan itu dapat dicapai dengan kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi yang relevan dengan adaptasi teknologi sektor pembinaan sedia ada sebanyak 85.3 peratus bagi projek awam dan 81 peratus bagi projek swasta.
 

Media Baharu