fb fb fb fb fb

282 petugas perubatan musim haji tahun ini

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 April- Seramai 282 petugas perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditugaskan di Tanah Suci bersempena musim haji tahun ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada jumlah itu, 150 daripadanya adalah muka baharu.

"Semuanya terdiri daripada pelbagai skim perubatan dan kesihatan.

"Ini termasuk petugas 'general medicine"(perubatan am), pakar-pakar, jururawat dan penolong pegawai perubatan," katanya semasa berucap di Majlis Perjumpaan Tertinggi KKM bersama Rombongan Petugas Haji Perubatan di sini.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM