fb fb fb fb fb

28 kampung di Beaufort terjejas banjir

Beberapa kawasan di sekitar Beaufort dilanda banjir selepas hujan berterusan/Foto Pusat Komuniti Beaufort

BEAUFORT, 9 September – Daerah Beaufort dilanda banjir apabila hujan berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan 28 kampung terjejas dan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort, Mohd Nazri Ajun berkata Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon mula diaktifkan pada 9 pagi tadi.

“Ketika ini proses pemindahan penduduk sedang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata paras air Sungai Padas Beaufort kini berada pada paras bahaya dan pemantauan rapi terus dijalankan bagi mengelak risiko kepada penduduk sekitar.

Menurutnya, JPBD Beaufort akan terus memantau keadaan semasa dan memastikan segala bentuk bantuan serta keperluan asas disalurkan kepada penduduk yang terjejas.

GRACE AISYAH KEDAYAN