
MANJOI, 17 Februari – 26 penduduk ditempatkan di Masjid Al-Ghufron selepas kediaman mereka, di sini, dinaiki air, malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- 26 penduduk dipindahkan ke Masjid Al-Ghufron selepas kediaman mereka dinaiki air malam tadi.
- 22 orang dari sembilan keluarga di Kampung Manjoi terlibat.
- Empat sekeluarga di Kampung Tengku Hussein turut terjejas.
- Air telah surut pagi tadi dan APM Kinta terus memantau; PPS akan dibuka jika perlu.
Ia melibatkan 22 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Manjoi dan empat sekeluarga dari Kampung Tengku Hussein.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta memaklumkan, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Air juga sudah surut pagi tadi.
Menurut APM Daerah Kinta, pihaknya terus memantau keadaan semasa.
Tindakan lanjut akan diambil sekiranya paras air meningkat atau keadaan memerlukan pembukaan PPS.