(Chan Foong Hin (TENGAH) melawat ruang pameran pada perasmian Seminar
Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di Wisma Tani / BERNAMA)
PUTRAJAYA, 25 Mei- Kerajaan telah meluluskan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan kepada 249 syarikat.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu insentif tersebut adalah bagi tempoh 2001 hingga April lalu membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.
Jelasnya bawah insentif itu, syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan dibuat bagi maksimum tiga tahun taksiran.
Manakala syarikat yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan pulak diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun bagi projek baharu dan Lima tahun bagi projek pembesaran syarikat sedia ada.
"Tempoh permohonan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025 dengan skop galakan turut diperluas merangkumi projek pertanian modern berasaskan pertanian persekitaran terkawal.
"Pada tahun 2021, skop galakan projek pengeluaran bahan makanan juga telah diperluas kepada projek penanaman biji benih untuk agromakanan dan perikanan laut lepas,"katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di Putrajaya.
Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.
Jelasnya lagi Inisiatif itu juga dapat menggalakkan pengelibatan warga tempatan khususnya belia melalui pengunaan teknologi moden di sepanjang rantaian nilai pengeluaran dan pemasaran.
(Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin membaca teks
ucapan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Majlis Perasmian Seminar Pelaburan
Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di Putrajaya)