SHAH ALAM, 5 Ogos- Lebih 21,000 penjawat awam negeri Selangor bakal menerima manfaat kenaikan gaji selaras dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kadar baharu itu bergantung kepada kenaikan yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan yang bakal umumkan pada 16 Ogos ini.
"Kita akan umum seperti mana yang saya sebutkan tadi kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, insya-Allah kita akan umumkan,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam, hari ini.