
KUALA LUMPUR 12 Mac – Seramai 206 pegawai perubatan dilaporkan meletakkan jawatan ketika menjalani latihan siswazah atau housemanship bagi tahun 2024 hingga 2025.
- Bilangan pegawai berhenti menurun: 114 pada 2024, 92 pada 2025, menunjukkan trend penurunan.
- Pada 2023, 254 pegawai menamatkan latihan siswazah, jumlah lebih tinggi berbanding 2024 dan 2025.
- Punca utama pemberhentian: faktor peribadi seperti masalah keluarga, ketidakbersediaan, dan minat kepada kerjaya lain.
- Selain itu, ada yang melanjutkan pelajaran, berhijrah ke luar negara atau menghadapi masalah kesihatan.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 114 pegawai perubatan berhenti pada 2024, manakala 92 lagi pada 2025, sekali gus menunjukkan trend penurunan.
Beliau berkata, bagi 2023 pula, seramai 254 pegawai perubatan telah menamatkan latihan siswazah.

“Antara punca utama ialah faktor peribadi, termasuk masalah keluarga, belum bersedia menjalani latihan siswazah serta minat untuk menceburi bidang kerjaya lain.
“Selain itu, terdapat juga pegawai yang memilih untuk melanjutkan pelajaran, berhijrah ke luar negara serta menghadapi masalah kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda di Dewan Negara mengenai jumlah pegawai perubatan yang berhenti semasa menjalani latihan siswazah antara 2023 hingga 2025.