20 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Mersing

Pelepasan Tukun Tiruan di Pulau Sibu, Mersing

MERSING, 4 Ogos – Sebanyak 20 unit Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda dilabuhkan di perairan Mersing, Johor melibatkan peruntukan RM652,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan untuk melindungi habitat marin dan meningkatkan sumber perikanan.
  • Langkah menghalang nelayan tidak bertanggungjawab menggunakan pukat tunda.
  • Tukun seberat 17 tan ditempatkan di Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, dijangka bertahan 50 tahun.
  • Pemantauan berterusan oleh Jabatan Perikanan; sehingga 2025, 247 unit dilabuhkan di Johor dengan peruntukan RM2.22 juta.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Md Israk Abdullah berkata tindakan tersebut diambil bagi melindungi habitat marin sekali gus
meningkatkan sumber perikanan.

“Ia juga untuk menghalang nelayan tidak bertanggungjawab yang menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

“Kalau pukat tunda, habis semua khazanah di dalam laut ditangkap. Jadi ini salah satu usaha Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya.

Katanya tukun Tiruan seberat 17 tan yang diletakkan di Pulau Sibu dan Pulau Tinggi itu dijangka bertahan dalam tempoh 50 tahun.

“Pemantauan berterusan turut dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan bagi memastikan tukun berkenaan kekal berfungsi dalam tempoh tersebut,” ujarnya.

Md Israk ditemui semasa pelepasan Tukun Tiruan di Pulau Sibu, Mersing, pagi tadi.

Sehingga 2025, sebanyak 247 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Johor melibatkan peruntukkan keseluruhan 2.22 juta ringgit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.