fb fb fb fb fb

20 pasukan SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022  catat nilai jualan lebih RM500,000 dalam 10 bulan

(Datuk Suriani Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan perniagaan SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022)

SHAH ALAM, 31 Oktober- Sebanyak 20 pasukan finalis daripada Kolej Komuniti dan Politeknik berjaya mencatat nilai jualan lebih setengah juta ringgit sepanjang 10 bulan melalui pertandingan perniagaan SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022 dijalankan.

Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Suriani Ahmad berkata, nilai tersebut merupakan yang tertinggi dicatatkan berbanding edisi sebelum ini.

"Saya dimaklumkan bahawa 20 finalis Program SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022 telah berjaya mencatatkan jumlah jualan lebih RM598,517.08 sepanjang sepuluh bulan tempoh pertandingan.

"Secara keseluruhannya, bekas peserta atau alumni SME Bank 90-Days Biz Challenge telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM834,968.80.

"Pencapaian yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa dengan adanya galakan dan sokongan yang tepat, para peserta mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Usahawan Muda SME Bank 90-Days Challenge di Shah Alam, Selangor.

Tambah beliau, ia menunjukkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memberi impak besar terhadap ekonomi negara selain menyumbang kepada pemantapan ekonomi negara.

Program SME Bank 90-Days Biz Challenge mendapat 92 penyertaan melibatkan 368 siswazah dari Kolej Komuniti dan Politeknik.


(Datuk Suriani Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang

pertandingan perniagaan SME Bank 90-Days Biz Challenge 2022)

Media Baharu