fb fb fb fb fb

20 asnaf, 10 pelajar di P.Pinang terima bantuan wang tunai

Terdahulu, Anwar hadir pada majlis berbuka puasa itu di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Permatang Pauh.

PERMATANG PAUH, 5 April-Terharu, gembira dan bersyukur kerana dapat meringankan beban menjelang hari raya Aidilfitri.

Itu antara reaksi pesakit buah pinggang yang menerima bantuan daripada Zakat Pulau Pinang pada Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri.

Menerusi bantuan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak RM600 diberikan kepada 20 asnaf, manakala RM150 diberi kepada 10 pelajar.

"Perasaan tu rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang bagi sumbangan. Harapan kami pada masa hadapan, ada lagi sumbangan seperti ini untuk kami golongan asnaf. Jadi, ucapan terima kasih banyak-banyak," kata suri rumah, Roshanizah Md Hassan.

"Saya sangat seronok, memperoleh bantuan," kata pelajar, Alif Mustaqim.

Terdahulu, Anwar hadir pada majlis berbuka puasa itu di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Permatang Pauh.

Artikel Berkaitan:
Anwar mahu projek LRT di P.Pinang disegerakan

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM