fb fb fb fb fb

196 anggota ATM terima DKM pelbagai bidang

(Antara veteran ATM yang menerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM))

SHAH ALAM, 30 September- 196 orang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat dan veteran tentera, memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam pelbagai bidang.

Majlis konvokesyen itu julung kalinya diterima veteran ATM di bawah inisiatif Program Re-skilling dan Up-skilling Veteran ATM (PRUV ATM).

Menurut Pengerusi PERHEBAT, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sejak dilaksana pada 2021, seramai 16,540 veteran ATM menyertai PRUV ATM yang merangkumi empat inisiatif utama.

Hasilnya, 7,842 veteran ATM telah dibimbing di seluruh Malaysia dalam sektor penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan.

Beliau turut menambah, "sejak tahun 1994, PERHEBAT teguh menjunjung amanah dalam melatih dan membimbing kumpulan sasar supaya bersiap siaga.

"PERHEBAT juga komited memegang amanah, apabila tamat latihan mereka akan dipantau selama enam bulan sehingga lima tahun tempoh tersebut. Mereka perlu melaporkan kepada pengajar PERHEBAT.

"Pengalaman ini akhirnya akan membentuk ekosistem yang boleh memanfaatkan veteran tentera" jelasnya.

(Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada majlis konvokesyen di Shah Alam)

Sementara itu, penerima DKM yang ditemui menyatakan program tersebut wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh anggota dan veteran ATM untuk meningkatkan taraf pendidikan sekaligus mencipta kerjaya kedua selepas bersara.

Staf Sarjan Tentera Darat, Noor Ajeerah Mahamad Jahbili, berkata, "saya akan tamat perkhidmatan pada usia 39 tahun, jadi saya ambil lanjutan diploma untuk digunakan untuk memohon kerja diluar sana."

Sinnathevan Nichathavan, Veteran Laskar Kanan TLDM turut "berterima kasih pada PERHEBAT kerana memberi peluang untuk mendapatkan diploma. Dengan adanya sijil ini saya boleh majukan diri saya ke arah yang lebih baik."

Lee Wee Yen, Veteran Laskar Kanan TLDM, juga menyarankan "kepada anggota juga veteran, perlu menggunakan peluang ini kerana ia merupakan platform terbaik dan membantu veteran untuk memajukan diri pada masa akan datang."

Media Baharu