fb fb fb fb fb

195 restoran dan kedai makan tawar Menu Rahmah di Sarawak

KUCHING, 7 Julai - Sebanyak 195 restoran dan premis makanan di Sarawak telah menyertai inisiatif Menu Rahmah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata langkah itu merupakan satu perkembangan baik sejak inisiatif itu dilancarkan di negeri itu sejak Februari lalu.

(Matthew Dominic Barin)

“Set Menu Rahmah yang ditawarkan di sini adalah berkualiti tinggi kerana ia mengandungi ikan, sayur-sayuran dan nasi yang kaya dengan khasiat. Kami menggalakkan pengusaha restoran lain di negeri ini untuk turut serta dalam inisiatif Menu Rahmah,” katanya.

Tambah Dominic, inisiatif Menu Rahmah di negeri itu menawarkan pelbagai menu termasuk nasi campur, mee kolok, bufet pelbagai lauk serta masakan cina.

Sehingga Jun lalu, sejumlah 2,974 premis makanan yang menawarkan Menu Rahmah telah berdaftar di direktori Menu Rahmah.

Media Baharu