fb fb fb fb fb

193 kes gangguan meter elektrik direkod di Melaka

Foto fail

AYER KEROH, 19 Ogos - Sebanyak 193 kes mengubah atau mengganggu meter elektrik direkodkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka sejak Januari tahun ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pencerobohan dan kecurian infrastruktur utiliti pula melibatkan tujuh kes.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka mengadakan libat urus bersama syarikat utiliti serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Pihak pembekal utiliti boleh menggunakan pengerusi JPKK sebagai bapa angkat di setiap kampung.

Dengan adanya bapa angkat ini, mereka akan mempunyai semangat memiliki dan dapat menjadi mata serta telinga kepada pembekal utiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Forum Keselamatan: Kesedaran Masyarakat Tentang Fasiliti Utiliti Peringkat Negeri Melaka di Seri Negeri, di sini hari ini.

Tambahnya, syarikat utiliti juga perlu mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) lengkap selain melaksanakan pengawasan ketat secara konsisten.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN