18 pelajar terbaik STPM bakal nikmati manfaat biasiswa Universiti Awam

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bergambar bersama-sama penerima Anugerah Pelajar Terbaik 2025./ BERNAMA

SELAYANG, 18 Jun – Seramai 18 pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 terpilih menerima manfaat baharu daripada universiti awam yang menawarkan biasiswa yuran pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif biasiswa universiti awam meliputi yuran pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar cemerlang STPM.
  • Menteri Fadhlina Sidek berkata program itu bagi memastikan pelajar cemerlang terus mendapat sokongan melanjutkan pengajian.
  • Universiti awam komited menawarkan tempat atau biasiswa kepada pelajar terbaik sebagai penghargaan terhadap pencapaian mereka.
  • Langkah ini dilihat sebagai usaha signifikan memperkukuh laluan pendidikan pasca-STPM dan membuka lebih banyak peluang akademik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata inisiatif baharu itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar cemerlang STPM terus mendapat sokongan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tawaran biasiswa tersebut akan mula dilaksanakan kepada kohort STPM 2025, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar terbaik untuk meneruskan kecemerlangan akademik di universiti awam.

“Saya secara peribadi dan juga dengan rasa sangat terharu kerana komitmen daripada semua universiti awam ini, yang sudi menawarkan satu tempat ataupun biasiswa pengajian, Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar terbaik STPM 2025 pada hari,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2025 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di sini, hari ini.

Beliau yakin komitmen yang ditunjukkan oleh semua universiti awam merupakan satu langkah signifikan dalam usaha menghargai pencapaian pelajar serta memperkukuh laluan pendidikan pasca-STPM.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.