fb fb fb fb fb

150 PATI ditahan Imigresen pada Operasi Ambang Tahun Baru 2024

FOTO FB imigresenjohor

JOHOR BAHRU, 2 Januari- Kira-kira 150 pendatang tanpa Asing (PATI) ditahan dalam Operasi Ambang Tahun Baru 2024 yang dilakukan serentak di seluruh negeri oleh Jabatan Imigresen (JIM) Johor pada pagi Isnin.

Menurut Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, operasi yang bermula pada pukul 12.30 pagi itu bertujuan untuk menangani isu kebanjiran PATI di negeri berkenaan.

"Seramai 750 warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Indonesia,India dan Thailand turut diperiksa", kata Baharuddin dalam satu kenyataan.

Tambah Baharuddin, kesemua PATI berkenaan didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS) dan melanggar syarat pas ditetapkan.

Dalam serbuan berasingan, seramai 120 PATI dicekup di kawasan kuarters pekerja di tapak perkilangan, Ulu Choh, Pontian.

Kesemua mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 6 (1)(C), Seksyen 15 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD