KUALA LUMPUR, 29 Jun- Seramai 15 orang belia berkemahiran akan mewakili pasukan negara dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) berlangsung di Perancis, 7 hingga 16 September depan.
Mereka merupakan pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam serta Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara.
Belia terlibat akan bertanding dalam 14 bidang kemahiran daripada 62 keseluruhan bidang yang dipertandingkan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, kerajaan menawarkan insentif khas RM40,000 kepada wakil negara yang merangkul pingat emas dalam WSC.
Peserta yang berjaya juga akan ditawarkan persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam bidang kemahiran masing-masing.