fb fb fb fb fb

137 orang kumpulan pertama bakal jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci

KOTA KINABALU, 18 Mei - Bakal Jemaah haji diingatkan supaya mematuhi dan menghormati undang-undang Kerajaan Arab Saudi sepanjang menunaian ibadah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menasihatkan mereka untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang yang boleh menjejaskan imej negara.

Berucap pada majlis pelepasan bakal jemaah haji di Sabah, beliau mengingatkan tetamu Alah itu supaya mematuhi  segala arahan Tabung Haji dan fokus kepada ibadat untuk mencapai haji mabrur.

Seramai 137 bakal jemaah haji daripada Sabah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Majlis pelepasan  disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Datuk Dr Mohd Na’im.

Mereka merupakan kumpulan pertama daripada Sabah yang bertolak ke Tanah Suci 

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN