TELUK INTAN, 15 Mac- 13 warga Nepal ditahan kerana cuba mencetuskan rusuhan di Batu 8 Jalan Changkat Jong di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin berkata sebelum kejadian pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepal pada pukul 9.35 malam.
Menerusi siasatan kira-kira 1,000 pekerja kilang telah ke tempat kejadian dan berkumpul hingga menghalang lalu lintas.
Kemalangan melibatkan kes langgar lari seorang warga Nepal dan disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
Namun pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menenangkan dan mengawal keadaan.
Keadaan pulih sepenuhnya pada pukul 2.00 pagi dan semua pekerja warga Nepal telah kembali ke asrama mereka.
Kesemua yang ditahan disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Inspektor Mohammad Syamil di talian 011-10065817.