fb fb fb fb fb

13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia

PUTRAJAYA, 6 Januari- Seramai 13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Beliau turut menyaksikan upacara yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi.

Upacara mengangkat sumpah itu didahului Azman Abidin yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Datuk Jamal Norubit @ Nerubi (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Menteri Ekonomi) dan Datuk Mohammad Khairi A. Malik (Menteri Pendidikan Tinggi).

“Juga mengangkat sumpah pagi tadi ialah Suhaizan Kaiat (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Carl Douglas Victor Moosom (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi),” katanya.

Atiqah Syairah Shaharuddin pula mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Dr Muhammad Razak Idris (Menteri Hal Ehwal Agama), V. Ravindran (Menteri Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Menteri Kesihatan) dan Mohammad Ghazali Hajiji (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

Menurut Perdana Menteri, seramai 10 setiausaha politik turut mengangkat sumpah simpan rahsia pada minggu lepas, antaranya Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Ir Irwan Zulkarnain Hasbie dan Mikai Mandau (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peladangan dan Komoditi).

Turut mengangkat sumpah adalah Chiong Yoke Kong (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), Ambrose Abong Bugek (Menteri Kerja Raya), Johari Kassim (Menteri Dalam Negeri), Ooi Tze Min (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Mohammed Kamaluddin Effendie (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Seang Hock (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Abdullah Izhar Yusof (Menteri Komunikasi dan Digital).

Turut hadir pada upacara mengangkat sumpah simpan rahsia itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

(Setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia/FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu