fb fb fb fb fb

12 penumpang terselamat dalam insiden bas ekspres terbalik

Bas ekpres terbalik di Kilometer 51, Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi tadi. 

KLUANG, 4 November- Seramai 12 penumpang yang menaiki bas ekpres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terbalik di Kilometer 51, Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi tadi. 

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang berumur antara 26 hingga 62 tahun selamat dan mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan Dua Shoromi Salih menerusi kenyataannya memberitahu, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan 4.40 pagi tadi, seramai 19 anggota dihantar ke lokasi kejadian. 

Pemandu bas berusia 45 tahun cedera di tangan, tiga mengalami cedera ringan manakala lapan penumpang lain selamat. 

Penumpang terselamat terdiri dari enam lelaki termasuk tiga warga asing dan dua wanita. 

Pemandu bas yang cedera diserah kepada anggota kesihatan untuk rawatan dan operasi tamat sejam kemudian. 

ZEHRA BINTI ZAMBRI