fb fb fb fb fb

100 pelajar asnaf UPM terima sumbangan Aidilfitri

SERDANG, 28 April- Seramai 100 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima sumbangan sempena sambutan Aidilfitri.

Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang bertemakan“Mensyukuri Ramadan, Meraikan Aidilfitri” diadakan bagi membolehkan pelajar asnaf menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan QSR Brands (M) Holdings Bhd dalam misi agihan bantuan dan pemindahan ilmu kepada komuniti terutamanya keluarga asnaf dan pelajar kurang berkemampuan.

Sumbangan berbentuk wang tunai disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad disamping sumbangan set makanan untuk sajian berbuka puasa.

"Yang kita maklum ramai kalangan pelajar B40 sebenarnya masih majoriti yang terdapat di IPTA sebenarnya, sebab tu dengan adanya kerjasama daripada pihak korporat seperti begini insyaallah sekurang-kurangnya meringankan apa yang di alami oleh mereka," katanya.


(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad)

Majlis turut menyaksikan penyampaian replika Cek Agihan Bantuan QSR-SPE bernilai RM150,000 oleh Group CFO, QSR Brands (M) Holdings Bhd kepada Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM untuk program bantuan yang akan datang.

Hadir sama, Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Media Baharu