fb fb fb fb fb

100 keluarga B40 di kawasan DUN Jelai terima dekoder MyTV percuma

(Datuk Che Roslan ditemui selepas Penyerahan sumbangan 100 unit dekoder
MyTV percuma kepada keluarga B40 )

LIPIS, 14 Ogos- 100 unit dekoder MyTV percuma diserahkan kepada keluarga B40 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, bersempena program Hogoh@Pahang anjuran RTM.

Sumbangan, bertujuan memberi kemudahan kepada mereka menikmati saluran televisyen percuma dengan kualiti siaran berdefinisi tinggi.

Penyerahan sumbangan dilakukan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.

"Jadi hari ini kita buat penyerahan kepada penduduk Jelai, untuk mencapai sasaran kita, sebagaimana kita bincangkan bersama MYTV supaya kebolehtembusan program atau siaran TV percuma dapat ditonton oleh masyarakat setempat, kita ambil balik 'bola mata' yang telah pun hilang.," kata Che Roslan

"Amat bersyukur alhamdulillah dapat sumbangan daripada RTM apa semua, saya ucapkan ribuan terima kasih. Apabila dapat kemudahan sekarang ini semua ada, siaran ada enam," kata penerima sumbangan dekoder MYTV, Omar Rosdi.

"Alhamdulilah syukur gembira sangat, mahu cakap pun tidak tahu," ujar seorang lagi penerima sumbangan dekoder MYTV, Rohaya Mohd Noor.

"Kita rasa gembira, pasal hendak cakap macam mana lagi kita tak tahu," tambah seorang lagi penerima sumbangan, Mohd Nazri Abdul Ghani.

(100 keluarga B40 di kawasan DUN Jelai terima dekoder MyTV percuma)

Media Baharu