fb fb fb fb fb

10 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Satu kebakaran berlaku membabitkan sepuluh kontena di Pelabuhan Barat, Pulau Indah kira-kira pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kesemua kontena tersebut musnah sepenuhnya.

"Seramai 24 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Operasi pemadaman dan kerja-kerja mengalihkan kontena dilakukan oleh pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren.

"Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM