fb fb fb fb fb

1,174 penduduk terjejas banjir terima sumbangan beg makanan

Foto JBPM Johor

KOTA TINGGI, 12 Januari - Sebanyak 1,400 beg makanan diagihkan kepada 1,174 buah keluarga yang masih berada di 24 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, semalam.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat ( JBPM) Johor dengan kerjasama sebuah pasaraya di negeri itu, bagi meringankan beban penduduk terjejas banjir di daerah berkenaan.  

Timbalan Pengarah JBPM Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd Rizal Buang menerusi kenyataan memaklumkan, sejumlah 30 anggota dan pegawai dari tujuh Balai Zon Dua Johor terlibat melakukan pembungkusan dan pengumpulan barangan makanan kering untuk diagihkan kepada PPS terlibat, di Kota Tinggi.

"Proses pengagihan menggunakan tiga buah lori tiga tan, tiga kenderaan utiliti dan sebuah van. Sehingga kini, lebih 4,000 penduduk terjejas direkod di Kota Tinggi, daerah paling terjejas sejak banjir melanda negeri ini," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF