SAUDARA PENGARNG
Perubahan struktur kerja menyumbang kepada risiko kesihatan mental dan fizikal di tempat kerja di mana pekerja menghadapi tekanan lebih tinggi untuk memenuhi permintaan tugas dan peningkatan persaingan.
Tekanan berlaku apabila pengetahuan, kebolehan dan kapasiti pekerja untuk menangani isu di tempat kerja tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan dan tanggungjawab pekerjaan.
Tekanan di tempat kerja adalah realiti dihadapi oleh kebanyakan pekerja setiap hari. Bagaimanapun, tekanan kini lebih daripada sekadar beberapa detik sukar sehari dan kini dianggap sebagai penyakit.
Anggapan nilai dimana semakin sibuk serta tekanan dilalui dalam pekerjaan akan menjadikan anda seorang yang berharga, tetapi kesan buruk jika anda terlalu stres adalah masalah besar kepada kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan dan merosakkan kesihatan fizikal, menyebabkan masalah seperti insomnia, penyakit jantung dan masalah penghadaman.
Tetapi pada hakikatnya, tekanan adalah salah satu cabaran kesihatan awam yang paling hebat pada zaman selepas pasca pandemik COVID-19. Jadi, ia membimbangkan bahawa kadarnya meningkat, bukan menurun.
Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi antara isu kesihatan awam yang menjadi semakin penting terutamanya selepas pasca pandemik COVID-19.
Hal ini dibuktikan apabila masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu inisiatif bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat lima (5) kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022).
Ganguan terhadap pekerjaan boleh menjejaskan setiap asas kesejahteraan anda seperti selera makan, tumpuan, tahap tenaga, tidur dan yang paling teruk ialah ramai pekerja yang tertekan secara kronik tidak menyedari kesan tersebut.
Tekanan seperti ini boleh mencetuskan lingkaran kebimbangan yang kejam, kemarahan, kekecewaan dan keputusasaan. Tanggapan kebanyakan kita terhadap diri sendiri? Marah pada diri kita sendiri kerana "Saya tidak sepatutnya berasa seperti ini" atau "semua orang menangani perkara ini dengan lebih baik."
Diri anda mungkin akan merasakan kesan bahawa keinginan untuk bekerja menjadi satu perkara yang tidak memberikan keseronokkan disebakan tekanan tugasan yang dilakukan adakalanya bertindan dan terpaksa mengejar masa untuk disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan.
Kesannya, anda mungkin tidak akan dapat melakukan tugasan tersebut dengan efektif dan membuat keputusan cepat tanpa berfikir. Tekanan di tempat kerja adalah realiti dihadapi oleh kebanyakan pekerja setiap hari. Bagaimanapun, tekanan kini lebih daripada sekadar beberapa detik sukar sehari dan kini dianggap sebagai penyakit.
Sebagai manusia, kita mempunyai had yang harus dipertimbangkan berkenaan dengan keupayaan kita mengendalikan beban kerja. Bagaimanapun, had ini sering diabaikan, oleh kerana ingin mengekalkan produktiviti setinggi mungkin dan diri sendirilah yang berusaha untuk berjaya dalam melakukan arahan pekerjaan yang telah diberikan.
Anda harus mempertimbangkan bahawa jika had kerja seseorang sudah melampaui pada hadnya, boleh membawa kepada tahap tekanan tinggi, mengakibatkan tekanan dan penurunan produktiviti.
Dalam erti kata lain, semakin anda cuba untuk bekerja, semakin kurang produktif anda.
Oleh
Mohamad Iqbal bin Mohamad Yan
Pensyarah, Jabatan Perdagangan
Politeknik Seberang Perai
Ts Dr Mazidah Mat Rejab
Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Perisian
Universiti Tun Hussein Onn , Batu Pahat
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi RTM.