
KUALA LUMPUR, 20 Julai– Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada semua tiga pertuduhan bersubahat rasuah.
- Kes melibatkan suapan RM2.8 juta berkaitan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual, 11 tahun lalu.
- Hakim Rosli Ahmad mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
- Mahkamah menyatakan tertuduh berjaya menimbulkan keraguan, membawa kepada pembebasan daripada ketiga-tiga pertuduhan.
- Datin Zizie Izette, 47, balu bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, dilihat sebak sewaktu keputusan dibacakan.
Ia membabitkan suapan berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad, 11 tahun lalu.
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
“Selepas meneliti keseluruhan keterangan, mahkamah ini memutuskan tertuduh berjaya membuktikan keraguan dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
Oleh demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.
Datin Zizie Izette, 47, yang juga balu bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilihat sebak sejurus keputusan itu dibacakan.