SPRM tahan reman lima individu disyaki terlibat rasuah syarikat kroni TLDM

GAMBAR HIASAN/RTM

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan urusan pelantikan syarikat kroni pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM menahan reman lima individu termasuk seorang pengarah syarikat berkaitan siasatan rasuah melibatkan pelantikan syarikat kroni TLDM.
  • Yang direman termasuk pengurus dan pemilik syarikat dipercayai terlibat dalam urusan perolehan di TLDM Lumut.
  • SPRM mengesahkan siasatan dijalankan profesional; sebelumnya 21 akaun dibekukan, dianggarkan bernilai RM700,000.

Menurut sumber, turut direman ialah pengurus dan pemilik syarikat yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan syarikat kroni pegawai kanan TLDM dalam urusan perolehan di TLDM Lumut.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya

“Mahkamah membenarkan seorang individu direman tiga hari bermula hari ini hingga 30 Januari, manakala empat individu lain direman tiga hari bermula Selasa hingga esok”, katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman itu dan siasatan dijalankan secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada Isnin lepas, SPRM dilaporkan telah membekukan 21 akaun bank, termasuk 14 akaun milik beberapa individu, dianggarkan bernilai RM700,000, dipercayai terlibat dalam mengesyorkan dan melantik syarikat kroni pegawai kanan TLDM terbabit.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan