Sindiket seludup migran di sempadan Negeri Sembilan tumpas

Tangkapan dilakukan menerusi Op Taring Delta kira-kira pukul 12.30 tengah malam

SEREMBAN, 9 Februari – Seramai 22 warga Indonesia ditahan dalam operasi membanteras sindiket penyeludupan migran di sempadan Negeri Sembilan semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • 22 warga Indonesia ditahan dalam operasi membanteras sindiket penyeludupan migran di sempadan Negeri Sembilan.
  • Rampasan termasuk dua kenderaan dan enam telefon bimbit bernilai keseluruhan kira-kira RM239,000.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Delta turut merampas dua kenderaan dan enam telefon bimbit dengan anggaran nilai keseluruhan RM239,000.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata tangkapan melibatkan 16 lelaki dewasa, dua wanita dewasa serta empat lelaki dipercayai bertindak sebagai tekong laut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata operasi itu mencerminkan komitmen berterusan PGA dalam memperkukuh kawalan sempadan daripada pencerobohan dan jenayah rentas negara.