Simbah cat merah: Penganggur dan ibu tunggal dipenjara dan didenda

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 26 Jun – Seorang penganggur dan seorang ibu tunggal dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyimbah cat merah ke atas dua buah rumah awal bulan ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Afifah Hazimah Wahab dan Tan Chiew King mengendalikan prosiding berasingan terhadap tertuduh Syahrul Khoirunizam, 24, dan Siti Nurul Soleha Jafery, 26.
  • Cat merah disimbah di Kampung Oren, Ulu Tiram (16 Jun, 4.30 pagi) dan Taman Air Biru, Pasir Gudang (11 Jun, 1 pagi).
  • Pendakwaan mengikut Seksyen 427 dibaca bersama Seksyen 34; Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal dan Nor Deana Aqilah Aliman.

Keputusan itu dibuat Majistret Afifah Hazimah Wahab dan Tan Chiew King terhadap tertuduh Syahrul Khoirunizam, 24, dan Siti Nurul Soleha Jafery, 26, dalam prosiding berasingan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kampung Oren, Ulu Tiram pada pukul 4.30 pagi, 16 Jun lalu.

Mereka turut didakwa melakukan perbuatan sama di sebuah rumah di Taman Air Biru, Pasir Gudang pada pukul 1 pagi 11 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal dan Nor Deana Aqilah Aliman manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Hidayah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.