Seleweng diesel, lelaki didenda RM40,000

Foto hiasan

KLUANG, 20 Januari – Seorang lelaki berumur 60 tahun didenda sebanyak RM40,000 di Mahkamah Sesyen Jenayah Kluang, selepas mengaku bersalah menyeleweng 10,998 liter diesel bernilai RM23,865 pada 12 September 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lelaki 60 tahun didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah menyeleweng hampir 11,000 liter diesel.
  • Diesel bernilai RM23,865 ditemui semasa pemeriksaan lori oleh penguat kuasa KPDN di Simpang Renggam.
  • Tuduhan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Kawalan Bekalan 1974; pendakwaan dikendalikan KPDN.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Tertuduh didakwa memiliki barangan kawalan berjadual diesel dalam keadaan menimbulkan syak munasabah, melakukan kesalahan, berurusan dengan barang kawalan berjadual secara borong atau runcit tanpa lesen.

Kesalahan tersebut dikesan semasa pemeriksaan ke atas sebuah lori di Simpang Renggam oleh Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan Peraturan 3 (1) Peraturan – Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, S. Loganathan, manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Sharif Mohamed.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan