
SUNGAI PETANI, 22 Mac – Dua beradik ditahan polis selepas disyaki mencuri kabel di pusat bandar Sungai Petani semalam, kira-kira 80 meter dari Jam Besar. Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang apabila mereka dipercayai berada dalam lubang ‘manhole’.
- Perbuatan disedari anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda semasa rondaan.
- Polis menemui lima alat disyaki digunakan untuk memotong kabel.
- Suspek berumur 42 dan 44 tahun, mempunyai 12 rekod lampau dadah dan ujian air kencing positif methamphetamine.
- Kedua-dua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata perbuatan itu disedari sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda ketika membuat rondaan.
Polis menemui lima alat yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.
Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun itu mempunyai 12 rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.