Polis kesan suspek curi kabel di Taman Damai Jaya

Tangkap layar video tular

ISKANDAR PUTERI, 23 April- Polis sedang mengesan suspek kes tular cubaan mencuri kabel di Taman Damai Jaya, Skudai, di sini, pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga gulung kabel milik Telekom Malaysia dirampas di lokasi selepas cubaan mencuri gagal.
  • Kabel dianggarkan sepanjang 15 meter dengan nilai kira-kira RM5,000.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Rakaman tular memaparkan kumpulan menaiki dua kenderaan; saksi menghentikan cubaan, seorang suspek dikejar tetapi meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasan berkata tiga gulung kabel milik Telekom Malaysia (TM) dirampas di lokasi kejadian selepas cubaan mencuri itu gagal.

Beliau berkata, kabel berkenaan dianggarkan sepanjang 15 meter dengan nilai kira-kira RM5,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan individu menaiki dua buah kenderaan dipercayai cuba mencuri kabel di kawasan berkenaan.

Perbuatan itu dipercayai berjaya dihentikan oleh beberapa orang awam sebelum berlaku insiden seorang suspek dikejar oleh saksi, namun berjaya melepaskan diri menaiki salah sebuah kenderaan terbabit.