Pesara polis ditemukan meninggal dunia di rumah

Foto hiasan

MELAKA, 19 Mei – Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini pada Ahad, selepas jiran terhidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak menerima panggilan MERS999 sekitar 6.30 petang dan polis bergegas ke lokasi.
  • Bomba memecah pintu rumah dan menemui lelaki berusia 64 tahun tertiarap di ruang tamu.
  • Pemeriksaan awal pegawai penyiasat serta Hospital Melaka mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
  • Bedah siasat mengesahkan punca kematian masalah jantung; polis sedang berusaha mengesan waris.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS999 kira-kira 6.30 petang, sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba kemudian dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan, sebelum menemukan lelaki berusia 64 tahun itu dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan pegawai penyiasat dan pihak Hospital Melaka mendapati lelaki terbabit telah meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal terhadap si mati juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata menurut jiran, mangsa yang tinggal bersendirian itu tidak kelihatan keluar dari rumah sejak empat hingga lima hari, sebelum bau busuk dihidu dari kediaman berkenaan.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa disebabkan masalah jantung.

Christoper berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi waris mangsa. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.