
KUCHING, 30 Ogos – Polis menahan 21 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
RINGKASAN BERITA AI
- Op Tapis Khas dijalankan dari 25 hingga 27 Ogos.
- Rampasan methamphetamine sebanyak 6.57 gram.
- Rampasan ganja 3.413 kilogram dan 55 mililiter cecair disyaki ganja.
- Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM20,850.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, kesemua mereka ditahan menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan di sekitar Kuching dari 25 hingga 27 Ogos lalu.
“Dalam operasi itu, polis merampas 6.57 gram dadah jenis methamphetamine dan 3.413 kilogram ganja.
“Selain itu, sebanyak 55 mililiter cecair yang disyaki mengandungi dadah jenis ganja turut dirampas,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah beliau, keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM20,850.