NRES beri kerjasama penuh siasatan SPRM berkenaan kes ‘DAK’

Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang ditemui warga Malaysia ketika melawat sebuah zoo di Osaka, Jepun./ Foto awam

PUTRAJAYA, 23 Jun – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberi kerjasama penuh dan menyeluruh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung proses pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • NRES memberi kerjasama penuh dan menyeluruh kepada SPRM dalam siasatan pemindahan tiga gajah dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji.
  • Menteri Arthur Kurup menegaskan komitmen kementerian terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam pengurusan hidupan liar.
  • Kementerian tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak jika salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dibuktikan.
  • SPRM membuka kertas siasatan selepas pertubuhan Hidup mendakwa bayaran tidak disalurkan dan mengaitkan individu dengan transaksi dianggarkan RM53 juta.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kementerian mengambil maklum siasatan yang sedang dijalankan serta menegaskan komitmennya terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam pengurusan hidupan liar negara.

Menurut beliau, NRES bersedia memberikan kerjasama menyeluruh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan lengkap.

“NRES sedia memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan ini berlangsung bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Datuk Seri Arthur turut menegaskan kementerian tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti berlaku salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan tiga gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

Katanya, pendirian tegas itu penting bagi memelihara integriti institusi serta menjaga reputasi negara di peringkat antarabangsa.

Semalam, SPRM mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu pemindahan DAK susulan dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

Pada 18 Jun lalu, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap proses pemindahan itu selepas mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan.

Pertubuhan itu turut mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.