Lelaki ditemukan maut dalam rumah – Polis Bau

Mangsa, Jerome Ringid, 50, ditemukan tidak bernyawa di kediamannya di Bau, Sarawak petang Isnin

BAU, 21 Julai- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Kampung Tabong, Singai, di sini petang semalam selepas ketukan pintu kediamannya tidak berjawab.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dipercayai meninggal lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat.
  • Kematian disedari selepas adik melawat rumah setelah kakak ipar melihat lampu motosikal masih terpasang.
  • Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.
  • Mayat dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat; kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata mangsa dikenal pasti sebagai Jerome Ringid, 50, dan dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat.

Beliau berkata kematian mangsa disedari selepas adiknya datang melawat rumah berkenaan pada tengah hari Isnin susulan dimaklumkan kakak iparnya bahawa lampu motosikal mangsa masih terpasang di luar rumah.

“Berikutan itu, adik mangsa berasa curiga dan pergi memeriksa rumah abangnya sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi RTM.

Menurut Mohd Haide, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan pada tubuh mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bau bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Foto: Polis Bau

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.