
KUCHING, 9 Jun – Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes samun berkawan menggunakan senjata di Jalan Song Thian Cheok, di sini pada 31 Mei lepas.
- Pihak polis menerima laporan kejadian pada 31 Mei kira-kira pukul 12.02 tengah malam.
- Suspek lingkungan 20-an ditahan pada 8 Jun kira-kira pukul 11.45 pagi hasil maklumat dan risikan; tiada rekod jenayah lampau.
- Polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan, reman tujuh hari diluluskan; kes disiasat di bawah Seksyen 395/397, hukuman hingga 20 tahun dan sebatan.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 31 Mei lalu, kira-kira pukul 12.02 tengah malam.
Beliau berkata suspek yang berusia lingkungan 20-an ditahan sepasukan polis pada 8 Jun lalu kira-kira pukul 11.45 pagi hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.
“Hasil semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata polis turut merampas satu unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan
jenayah tersebut.
“Permohonan reman terhadap suspek telah diluluskan selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kuching bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan”, katanya menerusi satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.