Lebih 30,000 warga asing ditahan sehingga Mei

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Seramai 30,801 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas pelbagai kesalahan imigresen sehingga 31 Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyalahgunaan pas: 2,324 individu dikesan gunakan pas untuk aktiviti tidak selaras dengan tujuan kemasukan.
  • Pelaksanaan pendekatan strategik termasuk penubuhan Inspektorat Penguatkuasaan, operasi bersasar, dan tindakan tegas terhadap majikan melanggar peraturan.
  • Memperkukuh operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa dan menetapkan KPI tahunan fokus kepada tindakan penguatkuasaan.
  • JIM komited memperhebat penguatkuasaan, memastikan kemudahan imigresen digunakan betul dan menyokong ketenteraman awam serta integriti sistem imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 2,324 individu dikesan menyalahgunakan pas yang diberikan dengan terlibat dalam aktiviti tidak selaras dengan tujuan asal kemasukan mereka ke Malaysia.

“Bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan menyeluruh, JIM telah melaksanakan pelbagai pendekatan strategik termasuk penubuhan Inspektorat Penguatkuasaan, pelaksanaan operasi bersasar di lokasi tumpuan serta tindakan tegas terhadap majikan yang melanggar peraturan imigresen.

“JIM turut memperkukuh operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa berkaitan dan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan yang memberi penekanan terhadap tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing serta majikan yang melakukan kesalahan imigresen,” menurut kenyataan itu.

Langkah tersebut selaras dengan komitmen kerajaan untuk mempertingkat tindakan terhadap penyalahgunaan pas dan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Sehubungan itu, JIM akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan serta memperkukuh kerjasama strategik dengan kementerian, agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan setiap pelanggaran undang-undang dapat ditangani secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Pada masa sama JIM kekal komited memastikan kemudahan imigresen yang diberikan digunakan mengikut tujuan yang dibenarkan, selain menyokong usaha kerajaan dalam memelihara ketenteraman awam, integriti sistem imigresen dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang adil kepada semua pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.