
BUTTERWORTH, 22 April – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi tadi atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM11,500 dua tahun lalu.
- Tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
- Pertuduhan pertama: menerima RM5,000 pada 22 Ogos 2024 di hadapan Pejabat Kuarantin Tumbuhan, dakwaan bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan.
- Pertuduhan kedua: meminta suapan RM6,500 pada 21 Ogos 2024 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Utara.
- Didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM; jika sabit, hukuman hingga 20 tahun dan denda; dibenarkan ikat jamin RM10,000.
Tertuduh, Mohd Firdaus Kamal, 39 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM5,000 ribu ringgit daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 22 Ogos 2024, kira-kira pukul 3.45 petang di hadapan Bekas Pejabat Kuarantin Tumbuhan di Jalan Bagan Luar Butterworth.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta suapan RM6,500 ringgit daripada individu sama bagi tujuan sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 21 Ogos 2024 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin 10 ribu ringgit dengan seorang penjamin, selain perlu melapor diri setiap bulan kepada SPRM.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Jun depan.