Ganggu ketenteraman, 33 penyokong Selangor FC dihadapkan ke mahkamah

33 penyokong bola sepak Selangor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Seramai 33 penyokong bola sepak Selangor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira 10.15 pagi tadi bagi permohonan reman.

RINGKASAN BERITA AI
  • 33 penyokong Selangor dihadapkan ke mahkamah untuk permohonan reman kerana disyaki mencetuskan gangguan ketenteraman awam.
  • Kejadian berlaku di Jambatan Angkat Kuala Terengganu sekitar 6.30 petang semalam semasa perarakan penyokong.
  • Seramai 400 penyokong ditahan malam tadi untuk pemeriksaan saringan, dan sidang media polis akan diadakan mengenai perkembangan.

Ia selepas kesemua mereka dipercayai mencetuskan ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran di sepanjang laluan Jambatan Angkat Kuala Terengganu sekitar pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata, kesemua mereka antara 400 penyokong yang ditahan malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing.

Sidang media berhubung perkembangan lanjut mengenai kes berkenaan akan dilakukan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Terdahulu tular beberapa video penyokong Selangor FC berarak dari arah Bandaraya Kuala Terengganu menuju ke Dataran Jambatan Angkat sambil membawa bendera pasukan dan menyalakan suar ketika di berada di tengah jambatan tersebut.

Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan