
KULAI, 2 Februari – Seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor semasa Op Sapu di sembilan rumah kedai di Senai, Kulai, awal pagi Sabtu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- 45 PATI ditahan semasa operasi Op Sapu di Senai, Kulai awal pagi Sabtu lalu.
- Kebanyakan ditahan tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh ditetapkan.
- Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 oleh Jabatan Imigresen Johor.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, semua yang ditahan semasa sedang berehat di premis masing-masing.
Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki warga Myanmar, diikuti empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan serta masing-masing seorang lelaki dari India dan Nepal. Turut ditahan 11 wanita warga Myanmar.
Hasil pemeriksaan mendapati semua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh ditetapkan. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.