Dua vesel nelayan tempatan ditahan, langgar syarat sah lesen

Dua vesel nelayan tempatan ditahan, langgar syarat sah lesen.

BINTULU, 4 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C kerana melanggar syarat sah lesen
dalam dua operasi berasingan di perairan Bintulu hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lokasi dan masa penahanan: 5.6 batu nautika barat laut Kuala Serupai (12.40 tengah hari) dan 10.2 batu nautika barat laut Kuala Tatau (2.47 petang).
  • Vesel dikesan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan tidak dibenarkan semasa Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019.
  • Kedua-dua vesel kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.
  • Jika sabit kesalahan, pemilik boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah dalam kenyataan media berkata, vesel pertama ditahan pada kedudukan 5.6 batu nautika barat laut Kuala Serupai kira-kira 12.40 tengah hari, manakala vesel kedua ditahan di kedudukan 10.2 batu nautika barat laut Kuala Tatau sekitar 2.47 petang.

Menurut beliau, kedua-dua vesel dikesan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan tidak dibenarkan ketika rondaan dijalankan menerusi Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019.

Kedua-dua vesel kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Jika sabit kesalahan, pemilik vesel boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Orang awam, khususnya komuniti maritim diseru menyalurkan maklumat, aduan atau melaporkan kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544.