
ALOR SETAR, 6 April – Seorang bekas penjawat awam dan seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup 77 migran pelbagai
warga negara, bulan lalu.
- Tertuduh Aliff Ezry Ismail @ N, 35, dan Muhammad Izzuddin Mustafa, 38, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.
- Kertas pertuduhan menyatakan mereka menggunakan kenderaan lori jenis Isuzu untuk mengangkut migran.
- Pertuduhan di bawah Seksyen 26J Akta 670 dibaca bersama Seksyen 34; hukuman hingga lima tahun penjara dan denda sehingga RM250,000.
Tertuduh Aliff Ezry Ismail @ N, 35 , dan Muhammad Izzuddin Mustafa, 38 hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini a/p Nadarajan.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menggunakan kenderaan motolori jenis Isuzu untuk mengangkut 77 orang migran yang diseludup.
Kesalahan dilakukan berhampiran lampu isyarat Simpang 3, Taman Pelangi, Alor Setar, Kedah, pada pukul 5.45 pagi, 14 Mac lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 26 J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak melebihi 250 ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian memutuskan tiada jaminan untuk kedua-dua tertuduh dan menetapkan 8 Jun depan tarikh sebutan semula kes.