Doktor pelatih ditemukan meninggal dunia di bilik air asrama

Foto fail

KOTA BHARU, 7 Mac -Seorang doktor pelatih ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah serta Balai Polis hadir ke lokasi selepas menerima laporan pada 9.55 pagi.
  • Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
  • Mayat dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
  • Orang ramai diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-966 6222 untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Mazlan Mamat berkata, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Balai Polis Kuala Krai ke lokasi, selepas menerima laporan kejadian, pada 9.55 pagi.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air asrama.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai menerusi talian 09-966 6222 bagi membantu siasatan.