
BINTULU, 27 Februari – Sepuluh individu termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan polis di sekitar daerah ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Sepuluh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Bintulu.
- Dua suspek warga Indonesia disiasat bawah Seksyen 39A(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Lapan suspek lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.
- Ujian air kencing positif methamphetamine dan amphetamine; jika sabit kesalahan, hukuman penjara, denda dan sebatan menanti.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Penguasa Polis Supt Nixon Joshua Ali berkata, tangkapan melibatkan suspek berusia antara 26 hingga 54 tahun.
“Dua daripada suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala lapan lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara, denda serta sebatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.