70 lot kedai ‘bundle’ musnah dalam kebakaran di Kg Titingan

Struktur kedai yang musnah dalam kebakaran di Kg Titingan, Tawau, Sabah awal pagi Khamis – Foto RTM

TAWAU, 27 Ogos – Kira-kira 70 lot kedai ‘bundle‘ yang menjual pakaian terpakai musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, awal pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bomba terima panggilan kecemasan pada 4.44 pagi; jentera tiba tujuh minit kemudian.
  • Keseluruhan lot kedai berstruktur tidak kekal musnah, meliputi 2.97 ekar.
  • Bomba kawal api pada 5.23 pagi dan menyelamatkan kira-kira 350 rumah serta lot kedai berhampiran.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.44 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan lot kedai berstruktur tidak kekal itu yang meliputi kawasan seluas 2.97 ekar.

Pasukan bomba berjaya mengawal api pada pukul 5.23 pagi, selain menyelamatkan kira-kira 350 rumah dan lot kedai berhampiran.

Seramai 16 anggota JBPM Tawau bersama 10 anggota Bomba Komuniti menjalankan operasi pemadaman dan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada sisa bara api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Operasi turut mendapat bantuan 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua anggota Sabah Electricity.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.