fb fb fb fb fb

Waspada 'scammer' daripada Tabung Haji

DSP Mohd Norfadzly ketika menjadi tetamu program Bual Bicara  di konti Kedahfm

ALOR SETAR, 5 Jun- Membuat penyamaran  melalui panggilan telefon bagi pihak Tabung Haji menyatakan 'penerima panggilan' layak menunaikan haji .

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Alor Setar,  DSP Mohd Norfadzly Hashim berkata trend  terkini modus operandi  sindiket penipuan itu dilaporkan  memperdayakan mangsa berikutan musim haji ketika ini.

Katanya modus operandi yang digunakan sama seperti penipuan penyamaran lain yang mengunakan pelbagai nama agensi kerajaan dan sebagainya.

"Tapi dia punya cara sama juga, dia akan bagitau 'kami daripada Tabung Haji, puan terpilih untuk untuk pergi ke haji, kita akan sambungkan dengan pihak lain sebelum meminta semakan nombor pengenalan,"katanya.

Namun, setakat ini pihaknya belum menerima laporan di Kedah mengenai penipuan haji.

DSP Mohd Norfadzly berkata orang ramai boleh membuat semakan kesahihan sebarang panggilan melalui aplikasi Whoscall selain merujuk National Scam Response Centre NSRC, Polis Diraja Malaysia PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta institusi kewangan.

Beliau turut  menasihati agar masyarakat tidak menjadi 'keldai akaun' iaitu memberi  akaun bank peribadi kepada mana-mana individu kerana ianya  satu kesalahan .

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Bualbicara  di konti Kedahfm.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE