fb fb fb fb fb

Wanita ditahan di kandang lembu bersama dadah bernilai RM182,000  

Dadah yang dirampas di kandang lembu di Kampung Lembah, Cherang Ruku, di sini, semalam.

PASIR PUTEH, 9 Julai- Seorang wanita ditahan bersama dadah bernilai RM182,000 di Kampung Lembah, Cherang Ruku, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata dalam kejadian 2.10 petang itu, suspek berusia 37 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di bangsal kayu di kandang lembu kampung berkenaan.

"Turut ditemui 80 botol berisi serbuk putih disyaki heroin dianggaran 400 gram dan pil-pil dipercayai jenis Yaba dengan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM182,000.

"Ujian air kencing ke atas wanita itu didapati negatif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaizul berkata suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ZEHRA BINTI ZAMBRI